Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2026

SKCCM (Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia) merupakan acara pelancongan dan gaya hidup anjuran Star Media Group bertujuan mempromosikan pelancongan, budaya dan warisan Malaysia melalui penyertaan oleh lembaga pelancongan dari seluruh negara serta jenama tempatan terkemuka.

Ayuh melangkah ke dunia kembara hari ini! Teroka dan tempah percutian impian anda secara langsung bersama agensi pelancongan dan syarikat penerbangan terkemuka, sambil menikmati tawaran eksklusif hanya di Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia.

Nikmati persembahan kebudayaan, hidangan tempatan, pameran pelancongan serta pelbagai aktiviti interaktif yang menampilkan keunikan tradisi dan destinasi menarik di Malaysia.

Nak menang hadiah menarik? Kumpul cop di reruai yang mengambil bahagian dan sertai aktiviti interaktif untuk berpeluang memenangi pelbagai ganjaran menarik. Jom terokai dan sertai SKCCM 2026!

Hab Percutian Sehenti

Tawaran Percutian Eksklusif

Menangi Hadiah Menarik

Berminat untuk menyertai sebagai pempamer?
Hubungi kami untuk maklumat lanjut.